FAQ BonusLink

Latar belakang BonusLink

Q: Apakah BonusLink?

A: BonusLink memulakan perniagaan pada bulan Januari 1998 . Ia adalah bisnes pertama di Malaysia yang  melancarkan program untuk pelanggan menikmati pelbagai jenis ganjaran. Bila anda menyertai program BonusLink, anda akan diberi mata ganjaran, dan dari itu anda boleh menebuskan mata ganjaran itu untuk barang yang berkenaan.

Q: Di manakah lokasi – lokasi yang saya boleh mengumpulkan mata ganjaran tersebut?

A: Kini BonusLink ada 30 rakan niaga, dan 3000 kedai di seluruh negara dibawah program BonusLink. Untuk maklumat lanjut  layari www.bonusLink.com.my untuk senarai penuh.

Q: Untuk menjadi ahli BonusLink, adakah saya perlu bayar ?

A: Tidak. Kos untuk menjadi ahli BonusLink adalah percuma.

Mengumpul Mata Ganjaran BonusLink

Q: Saya ingin semak beberapa mata ganjaran yang telah saya kumpulkan. Apakah yang perlu dibuat?

A: Untuk semak mata ganjaran, sila layari www.bonusLink.com.my , klik “check points” dan masukkan no kad BonusLink atau hubungi 03 7626 1000.

Q:Apakah cara cara untuk semak transaksi dan mata ganjaran yang diberi daripada transaksi itu?

A: Layari www.bonuslink.com.my , masukkan no kad BL dan Pin klik di “dashboard” dan pilih “ my points transaction”.

Q: Adakah saya akan diberi mata ganjaran BonusLink, setelah membuat transaksi.

Ya. Mata ganjaran akan diberi setelah setiap transaksi, tetapi ia akan mengambil 2-4 minggu untuk dimasukkan ke dalam akaun.

Q: Adakah saya mesti berdaftar dengan semua rakan niaga untuk menikmati promosi promosi yang diberi dari mereka?

A: Tidak Perlu. Setelah anda menjadi ahli BonusLink, anda boleh menikmati semua promosi yang ada berkaitan dengan BonusLink.

Q: Bilakah saya akan menerima penyata mata ganjaran saya? Sila jelaskan lebih lanjut?

A: Penyata mata ganjaran BonusLink akan diberi 3 kali di jangka masa setahun. Ia mengambil maklumat tentang Transaksi pertama anda sehingga transaksi terakhir yang dibuat di tahun itu.  Penyata diberi setiap suku tahun.

Q: Apakah tarikh tamat untuk menebuskan mata ganjaran yang dikumpulkan?

A: Mata ganjaran Bonuslink perlu ditebus di jangka masa 3 tahun.

Kad sampingan

Q; Apakah caranya untuk mendaftar kad sampingan?

A:  Untuk mendafatar kad sampingan sanada hanya perlu:

1)      Mendaftar di www.bonuslink.com.my

2)      Hubungi :  03 7626 1000

3)      Emel kepada memberservices@bonuslink.com.my

Q:  Jika saya ada kad sampingan, bolehkah saya menebus mata ganjaran yang dikumpulkan?

A:   Tidak. Hanya ahli kad utama yang boleh menebus mata ganjaran.

Q: Apakah akan terjadi kepada mata ganjaran yang dikumpul setelah ahli itu sudah meninggal?

A: Untuk kad sampingan, mata ganjaran kad utama akan diberi kepadanya. Untuk ahli kad utama “Next of kin or emergency contact” akan menerima mata ganjaran. Mereka hanya perlu membawa bukti kematian untuk mendapatkan mata ganjaran tersebut.

Program CASB/ BonusLink

Q: Adakah semua mata ganjaran yang berkatian dengan rakan niaga yang lain BonusLink boleh dikumpul juga dengan mata ganjaran yang diberi bersam program ini?

A: Mata ganjaran yang dikumpul di bawah program ini boleh digabung bersama mata ganjaran yang dikumpul daipada rakan bonuslink yang lain untuk menebus hadiah dibawah program BonusLink.

Q: Bilakah pembekal akan menerima mata ganjaran ini

A: Pembekal boleh mendapat mata ganjaran setelah membuat pendaftaran atau memperbaharui untuk akaun Sennego.

Q: Apakah yuran yang perlu dibayar untuk menyertai program ini?

A: Kos untuk menyertai program ini, adalah percuma. Pembekal hanya perlu mendaftar atau memperbaharui  ahli Premium Sennego.

Q: Adakah saya perlu tunggu untuk mata ganjaran dikredit ke dalam akaun?

A: Mata ganjaran BonusLink akan dikreditkan kedalam akaun dalam tempoh 6-8 minggu selepas aktivi dijalankan.

Q: Jika saya bukan ahli BonusLink, apakah caranya untuk berdafar?

A: Kunjungi ePC kami atau menbuat pendaftaran secara online  dan juga melalui “telesales personnel”.

Q: Jika saya sudah ada kad BonusLink apakah yang harus dibuat?

A: Layari www.sennego.com dan kemaskinikan no. Kad BonusLink anda di page “log masuk”.